“Tentunya Saya Rindu Ibu. Kalau boleh saya nak cakap biarlah sakit tu saya yang tanggung. Biar saya pergi dulu jangan ibu”

Mengenali lebih dekat misi, visi dan usaha kami dalam memperkasakan anak seni dan menyebarkan bakti melalui seni.

BANGI, 12 Jan 2024 – Permulaan hari yang tenang di Taman Desa Surada, Bangi. Sebuah ziarah telah diatur untuk menyampaikan sumbangan bahan keperluan asas dan wang tunai kepada Puan Nurul Syafiqah bt Mohd Nizam, seorang suri rumah berusia 24 tahun yang baru kehilangan ibunya pada 27 Januari 2023 akibat sakit kronik.

Ketika tiba di rumah Puan Nurul Syafiqah, suasana sedih dan hening menyelimuti sekitar rumah tersebut. Meskipun sederhana, menunjukkan tanda-tanda kehidupan yang terus berjalan tanpa kehadiran sosok ibu yang pernah memberi cahaya.

Puan Syafiqah menyambut kedatangan tim Perseni dengan senyuman. Dalam pertemuan singkat itu, dia menceritakan betapa kehilangan ibu telah memberi impak besar pada kehidupannya dan juga ketiga adiknya, lebih-lebih lagi yang masih bersekolah iaitu Nur Syakirah Alya (17 tahun) dan Nur Syaidatul Aima (14 tahun).

“Sejak kepergian ibu, banyak hal yang perlu saya atur dari A-Z. Salah satunya adalah pemindahan sekolah adik-adik, yelah dari negeri ke negeri lain kan,” ucap Pn Syafiqah sambil menahan tangis.

“Tentunya saya rindu ibu. Kalau boleh saya nak cakap biarlah sakit tu saya yang tanggung. Biar saya pergi dulu jangan ibu” – adik

Selain urusan sekolah, mereka juga harus menanggung beban ekonomi. Pendapatan keluarga yang terbatas, yakni hanya 1500.00, membuat mereka harus berjimat. Apatah lagi bila kakak sulung mereka ini sedang mengandung 8 bulan.

Sesungguhnya kita perlu sedar bahawa kehilangan seorang ibu bukanlah hal yang mudah, dan masyarakat sekitar perlu bersatu untuk membantu mereka yang memerlukan.

Mari bersama-sama bantu mereka agar dapat merasakan kehangatan dan kasih sayang di tengah-tengah kesedihan yang mereka alami.

Kongsi :

Teruskan Perjalanan Menyelusuri Blog Kami

Temui lebih banyak cerita, inspirasi, dan ilmu yang menghubungkan seni dan budaya dalam setiap helaian perkongsian kami.

Ziarah Rumah Qaseh Ibu: Pengalaman Penuh Keceriaan dan Kasih Sayang

Hai semua! 🌟 Harini saya nak kongsikan pengalaman yang sangat manis dan penuh makna semasa

Statistik & Fakta Terkini Anak Yatim di Malaysia (2024)

Anak yatim di Malaysia merupakan salah satu golongan yang memerlukan perlindungan dan sokongan daripada kerajaan

Program Ziarah Anak Yatim Bulan Ramadan Bersama Man Raja Lawak: Sebuah Inisiatif Penuh Makna

Ramadan, bulan yang penuh keberkatan dan rahmat, merupakan waktu yang paling sesuai untuk kita memperbanyak

Scroll to Top