Bersatu untuk masa depan lestari.
Mengangkat Martabat
Anak Seni, Menyemai Nilai Bakti
Bantuan Anak yatim
Bersama anak seni memberi harapan dan sokongan emosi kepada mereka yang memerlukan.
Penghargaan Seni
Mengiktiraf usaha, semangat dan pencapaian anak seni dari pelbagai lapisan, latar belakang dan generasi.
Derma Sekarang
Hulurkan sokongan tulus buat anak seni. Bersama kita hargai dan bantu suburkan jiwa seni.
Sokongan Komuniti
Bersama membina masyarakat, menghargai seni, memperkasa generasi masa depan.
Tentang Kami
Persatuan Anak Seni Dengan Seni, Kita Berbakti
Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2022 di bawah pendaftaran ROS, PERSENI menghimpunkan anak seni dari pelbagai latar – artis, pemuzik, kru produksi, dan tenaga belakang tabir dengan satu matlamat: berbakti melalui seni.
Kami mengangkat jati diri anak seni bukan sahaja melalui penghargaan terhadap usaha dan kejayaan mereka, tetapi juga dengan menyemai nilai kebersamaan dan kemanusiaan. Dari membantu artis yang ditimpa musibah, menghargai jasa artis veteran, hingga memberi motivasi dan sokongan emosi kepada anak yatim melalui sentuhan seni dan kasih sayang – PERSENI berdiri sebagai wadah untuk seni yang berjiwa.
Apa yang Kami Usahakan dengan Sepenuh Hati
Mewujudkan perubahan positif melalui seni, bakti, dan sokongan tanpa henti untuk komuniti anak seni dan mereka yang memerlukan.
01
Mengangkat Jati Diri Anak Seni
Memupuk identiti seni kalangan anak seni dari pelbagai lapisan.
02
Membantu Artis Veteran dan Yang Diuji
Memberi sokongan kewangan, moral, dan bantuan kepada artis veteran dan mereka yang menghadapi musibah.
03
Hargai Belakang Tabir
Menghargai artis di belakang tabir seperti pemuzik dan juruteknik.
04
Menganjurkan Kempen Kebajikan
Melaksanakan aktiviti untuk membantu komuniti seni & masyarakat.
05
Menyokong Anak Yatim Melalui Seni
Menyediakan motivasi, sokongan emosi, dan bimbingan kepada anak yatim dengan pendekatan seni.
06
Memperkasa Generasi Muda
Memberi peluang, latihan bakat seni muda berkembang & bersinar.
Semangat Mawi
Mawi gunakan peluang kedua berbakti kepada Masyarakat
Terima kasih PERSENI kerana memberi peluang untuk saya terus berkarya dan berkembang dalam dunia seni. Sokongan ini sangat bermakna buat saya dan anak seni lain.
Saya bertekad menggunakan peluang ke-2 setelah dilanda penyakit misteri, kini memilih untuk berbakti kepada masyarakat dan membantu anak seni yang memerlukan. Bersama PERSENI, kita kuat dan maju bersama.
Terokai Cerita dan Pencapaian Anak Seni
Ikuti perjalanan, kejayaan, dan inspirasi anak seni yang terus mencipta impak positif dalam dunia seni dan masyarakat.
- Anak Yatim, Pendidikan
Ziarah Rumah Qaseh Ibu: Pengalaman Penuh Keceriaan dan Kasih Sayang
Hai semua! 🌟 Harini saya nak kongsikan pengalaman yang sangat manis dan penuh makna semasa
- Anak Yatim, Pendidikan
Statistik & Fakta Terkini Anak Yatim di Malaysia (2024)
Anak yatim di Malaysia merupakan salah satu golongan yang memerlukan perlindungan dan sokongan daripada kerajaan
- Anak Yatim, Pendidikan, ziarah
Program Ziarah Anak Yatim Bulan Ramadan Bersama Man Raja Lawak: Sebuah Inisiatif Penuh Makna
Ramadan, bulan yang penuh keberkatan dan rahmat, merupakan waktu yang paling sesuai untuk kita memperbanyak
- Anak Yatim, Pendidikan
Menziarahi Rumah Anak Yatim Rukaiyah di Sungai Merab: Suatu Pengalaman Membahagiakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi. Hari ini, kami ingin berkongsi pengalaman
- Kesenian
Daurah Kitab | Sambutan Meriah Dengan Kehadiran Artis & Penggiat Seni
LANTANA VILLA, Bangi – Bersempena malam ke-30 Safar, alhamdulillah Daurah kitab bersama PU Salman diteruskan
- Anak Yatim
Ziarah Jay Jay, Penyanyi Popular Di Hospital
PETALING JAYA – Perseni bersama Fedtri Yahya, aktivis Perseni telah menziarahi penyanyi yang cukup terkenal