Perseni Komited Taja Kelas Mengaji Anak Yatim

Mengenali lebih dekat misi, visi dan usaha kami dalam memperkasakan anak seni dan menyebarkan bakti melalui seni.

Perseni sangat serius dan komited dalam membangunkan anak-anak yang mencintai al-Quran. Istimewanya bagi anak tajaan daripada kalangan anak-anak yatim yang diasuh oleh penjaga sendiri, Perseni mengambil inisiatif untuk menaja kelas mengaji mereka sepenuhnya.

Tidak lain adalah kerana kita mengharapkan anak-anak ini dapat menjadi sosok tubuh Muslim yang hebat satu hari nanti. Kekurangan yang ada tak menjadi penghalang untuknya menjadi hebat seperti anak yang lain.

Dari Aisyah ra, berkata : bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Orang yang membaca Al-Quran dan ia mahir membacanya, maka kelak ia akan bersama para malaikat yang mulia lagi taat kepada Allah.” – HR.Bukhari Muslim

Lihatlah wajah adik Adira (bertudung hitam) bersama rakan sebayanya yang lain, seronok bukan? 🥹

Inilah yang kita nak hadirkan selalu dalam kehidupan mereka. Walaupun mak ayah dah tiada tetapi kita ada bersama mereka. Pendidikan harus diteruskan, maka dengan itu kita beri kebahagiaan baru dengan bantu lengkapkan apa yang perlu dan lakarkan kembali senyuman di wajah mereka.

Sahabat sekalian, marilah menjala pahala berpanjangan dengan membantu anak-anak yatim khasnya yang masih dijaga oleh waris mereka sendiri.

Kongsi :

Teruskan Perjalanan Menyelusuri Blog Kami

Temui lebih banyak cerita, inspirasi, dan ilmu yang menghubungkan seni dan budaya dalam setiap helaian perkongsian kami.

Festival Teater Zon Utara 2026

Perak, Kedah dan Perlis Bersaing Menghidupkan Semula Seni Teater Utara Wakil negeri Perak telah mencatat

Festival Teater Malaysia 2026

Ruang, Rasa dan Rakyat: Kebangkitan Semula Teater Malaysia Selepas hampir tujuh tahun senyap — kali

Daurah Seni 30: Kupasan Mendalam Isu ‘Imam-Imam Yang Dilarang’ Bersama PU Salman & Mawi

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2026 – Persatuan Bina Seni dan Budaya (PERSENI) telah berjaya menganjurkan

Scroll to Top