MISI JALIN | Pemberian Tablet Kepada Adik Batrisya (Anak Yatim) di PPR Batu Muda
Kuala Lumpur, 19 Mei 2024 – Baru-baru ini Perseni telah hadir menyantuni Kak Ros dan adik Batrisya (anak yatim yang dijaganya) di kediamannya. Setelah beberapa bulan akhirnya Perseni berpeluang datang menziarahi mereka lagi.
Alhamdulillah seperti biasa mereka sambut dengan senyuman yang cukup mesra sekali.


Difahamkan adik Batrisya menghadapi kekangan untuk mengikuti kelas-kelas ‘online’ seperti tuisyen kerana telefon pintar yang sedia ada telah pun rosak.
Sebagai anak yatim tajaan, sudah pasti kami amat menitikberatkan kelangsungan pendidikan mereka. Rezeki buat pertama kalinya kami di Perseni membawakan satu alat bantu mengajar iaitu Tablet Samsung untuk kegunaan pembelajaran adik Batrisya.
Seronok? Itu sudah pasti yang dirasai oleh adik Batrisya. Tampak tersenyum dan malu-malu apabila menerima tablet tersebut. Moga-moga dapat memudahkan kelas pembelajaran adik Batrisya, dapat dimanfaatkan sebaiknya dan mengalirnya pahala buat mereka yang menderma. Aamiin.