SEMENYIH, 13 September 2024 – Semalam, sebuah lagi keluarga anak yatim telah kami ziarahi dengan penuh rasa kasih dan prihatin. Ziarah kali ini kami berpeluang berkenalan dengan Puan Ratnawati, seorang ibu tunggal yang memiliki 4 orang anak, 3 perempuan dan 1 lelaki.

Puan Ratnawati, yang kini membantu ibu saudara dalam berniaga, telah kehilangan suaminya yang meninggal dunia akibat kanser kulit pada tahun lepas. Arwah suami beliau dikenali sebagai seorang yang sangat baik hati, sentiasa mendahulukan keluarga, suka bersedekah, dan mengimarahkan surau.
Paling tak dilupakan, menurut Puan Ratnawati antara pesanan arwah suami adalah pentingnya mengutamakan pendidikan anak-anak dan keyakinan bahawa Allah sentiasa ada dalam setiap ujian kehidupan.
Namun begitu, perancangan Allah adalah yang lebih baik. Anak kedua mereka, satu-satunya lelaki dalam keluarga, sanggup untuk tidak melanjutkan pelajaran demi menyara keluarga. Ini jelas mencerminkan kesulitan yang mereka hadapi dalam meneruskan kehidupan selepas kehilangan orang tersayang.


Kami menyeru kepada tuan puan untuk terus menyokong dan memberikan sumbangan agar kita dapat membantu lebih ramai anak-anak yatim di luar sana. Bukan sahaja kita dapat bantu ibu-ibu tunggal dengan meringankan bebanan mereka, tetapi dapat memberi sokongan kepada anak-anak yatim bahawa mereka tidak bersendirian.
Setiap sumbangan anda adalah cahaya harapan bagi mereka yang memerlukan.