Kehadiran Fedtri Yahya Meriahkan Lagi Daurah Anak Seni

Mengenali lebih dekat misi, visi dan usaha kami dalam memperkasakan anak seni dan menyebarkan bakti melalui seni.

Pejam celik kita telah pun memasuki bulan yang baharu lagi, seperti biasa Perseni akan mengadakan Daurah bersama PU Salman yang akan dihadiri oleh para jemputan artis, selebriti dan pempengaruh tidak lama lagi.

Sekalung perhargaan terima kasih kami ucapkan kepada Fedtri Yahya. Satu nama yang tak asing lagi didengari dalam kalangan anak seni mahupun masyarakat.

Siapa tak kenal dengan Pengacara TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2022, bukan?

Walaupun beliau cukup sibuk dengan jadual yang padat dalam mengacara rancangan televisyen juga menulis lirik lagu dan tugas-tugas lainnya, lihatlah betapa beliau amat mencintai majlis ilmu.

Dalam satu perkongsian beliau di laman instagramnya tentang kata-kata hikmah berkaitan kepentingan ilmu :-

📌 Telah berkata Ibn al-Mubarak RA: “Aku hairan dengan orang yang tidak pernah menuntut ilmu. Bagaimana dia boleh mendakwa dirinya mulia?”

Setiap karya beliau tak pernah tak menginspirasikan orang yang membacanya. Beliau tak menjadikan kesibukan yang ada sebagai alasan untuk tak hadir ke majlis ilmu malah cuba untuk melapangkan masa.

Benarlah tiada apa yang kita nak di dunia ini melainkan redha dan rahmat Allah SWT. Beliau adalah antara anak seni yang selalu hadir ke malam daurah anjuran Perseni bersama PU Salman ini. Alhamdulillah. Inilah contoh yang baik yang perlu diikuti.

Kongsi :

Teruskan Perjalanan Menyelusuri Blog Kami

Temui lebih banyak cerita, inspirasi, dan ilmu yang menghubungkan seni dan budaya dalam setiap helaian perkongsian kami.

Ziarah Rumah Qaseh Ibu: Pengalaman Penuh Keceriaan dan Kasih Sayang

Hai semua! 🌟 Harini saya nak kongsikan pengalaman yang sangat manis dan penuh makna semasa

Statistik & Fakta Terkini Anak Yatim di Malaysia (2024)

Anak yatim di Malaysia merupakan salah satu golongan yang memerlukan perlindungan dan sokongan daripada kerajaan

Program Ziarah Anak Yatim Bulan Ramadan Bersama Man Raja Lawak: Sebuah Inisiatif Penuh Makna

Ramadan, bulan yang penuh keberkatan dan rahmat, merupakan waktu yang paling sesuai untuk kita memperbanyak

Scroll to Top