Daurah Kitab | Sambutan Meriah Dengan Kehadiran Artis & Penggiat Seni

Mengenali lebih dekat misi, visi dan usaha kami dalam memperkasakan anak seni dan menyebarkan bakti melalui seni.

LANTANA VILLA, Bangi – Bersempena malam ke-30 Safar, alhamdulillah Daurah kitab bersama PU Salman diteruskan lagi. Bertempat di lokasi yang sama iaitu Lantana Villa, lebih 50 orang yang terdiri daripada beberapa orang artis, selebriti, pempengaruh dan ahli keluarga telah hadir memeriahkan suasana, alhamdulillah.

Tajuk daurah yang telah dikongsikan oleh PU Salman semalam ialah berkenaan “umur”. Ada banyak pesanan dan iktibar yang boleh diambil bersama. Menariknya lagi, majlis diserikan dengan persembahan lagu islamik daripada Mawi, Oja, Aidil termasuklah kumpulan nasyid terkenal seperti Inteam dan Hijjaz.

Seronok dapat melihat wajah-wajah penggiat seni terutamanya anak-anak muda yang hadir ke majlis ilmu. Antara yang turut hadir ialah Jozlyn, Yatt Hamzah dan Aisyah Hijanah bersama ahli keluarga masing-masing. Pelbagai jenis juadah turut disajikan atas penajaan dan penglibatan yang diberikan.

Semoga semua para pencinta majlis ilmu diberkati masa-masa hidupnya dan diangkat doa-doanya oleh para malaikat sepanjang berada dalam majlis ilmu. InsyaAllah.

Jumpa di Daurah Kitab akan datang!

Kongsi :

Teruskan Perjalanan Menyelusuri Blog Kami

Temui lebih banyak cerita, inspirasi, dan ilmu yang menghubungkan seni dan budaya dalam setiap helaian perkongsian kami.

Ziarah Rumah Qaseh Ibu: Pengalaman Penuh Keceriaan dan Kasih Sayang

Hai semua! 🌟 Harini saya nak kongsikan pengalaman yang sangat manis dan penuh makna semasa

Statistik & Fakta Terkini Anak Yatim di Malaysia (2024)

Anak yatim di Malaysia merupakan salah satu golongan yang memerlukan perlindungan dan sokongan daripada kerajaan

Program Ziarah Anak Yatim Bulan Ramadan Bersama Man Raja Lawak: Sebuah Inisiatif Penuh Makna

Ramadan, bulan yang penuh keberkatan dan rahmat, merupakan waktu yang paling sesuai untuk kita memperbanyak

Scroll to Top