Perseni Santuni Bapa Tunggal Jaga Anak Pekak, Bisu & Sakit Jantung

Mengenali lebih dekat misi, visi dan usaha kami dalam memperkasakan anak seni dan menyebarkan bakti melalui seni.

BANGI – Bapa tunggal terbabit, Tn Shahril, 43, yang tinggal di Seksyen 1, Bandar Baru Bangi tidak mempunyai pendapatan yang cukup dan perlu menanggung 2 orang anak beliau yang OKU serta sakit kronik.

Setahun telahpun berlalu atas pemergian ibu mereka akibat penyakit serangkai, sudah pasti memberi kesan kepada mereka bertiga. Dalam ziarah pada sabtu lepas, Tn Shahril mengakui bahawa antara cabaran utama yang beliau perlu tempuhi adalah membesarkan anak-anak seorang diri.

Beliau sempat berkongsi rasa..

“Saya terima apa yang berlaku, tetapi apabila duduk termenung memikirkan nasib saya akan nangis jugalah” 😔

Anak pertama, Alya, 15, Allah kurniakan anak yang pekak dan bisu manakala anak kedua, Amrina, 10, pula menghidapi masalah jantung sejak dalam kandungan lagi yang menyebabkan beliau harus ulang alik bawa anak keduanya itu ke hospital.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Ini kisah benar, kisah saudara di sekeliling yang memerlukan bantuan kita. Adakah kita hanya nak memejamkan sebelah mata?

Kita tak tahu Allah nak uji apa pada hari depan, jom bantu Tn Shahril dan anak-anak beliau.

Mungkin ini boleh menjadi amal jariah bersama.

Kongsi :

Teruskan Perjalanan Menyelusuri Blog Kami

Temui lebih banyak cerita, inspirasi, dan ilmu yang menghubungkan seni dan budaya dalam setiap helaian perkongsian kami.

Festival Teater Zon Utara 2026

Perak, Kedah dan Perlis Bersaing Menghidupkan Semula Seni Teater Utara Wakil negeri Perak telah mencatat

Festival Teater Malaysia 2026

Ruang, Rasa dan Rakyat: Kebangkitan Semula Teater Malaysia Selepas hampir tujuh tahun senyap — kali

Daurah Seni 30: Kupasan Mendalam Isu ‘Imam-Imam Yang Dilarang’ Bersama PU Salman & Mawi

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2026 – Persatuan Bina Seni dan Budaya (PERSENI) telah berjaya menganjurkan

Scroll to Top