Raqib Majid & Rakan Artis Hadir Majlis Ilmu PU Salman X Perseni

Mengenali lebih dekat misi, visi dan usaha kami dalam memperkasakan anak seni dan menyebarkan bakti melalui seni.

“Seronok berjumpa dengan sahabat-sahabat yang turut dahagakan ilmu” – Raqib Majid

Raqib turut meluahkan rasa syukur dan amat berterima kasih atas jemputan kerana setelah beberapa kali merancang untuk hadir akhirnya baharu ada rezeki.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Inilah contoh yang baik. Dalam kesibukan mengejar urusan dunia tetap cuba meluangkan masa dengan mengikuti majlis-majlis ilmu. InsyaAllah tiada yang sia-sia dengan amal yang baik.

Firman ALLAH SWT: “Sesungguhnya KAMI jadikan di dalam neraka jahanam itu daripada jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak mahu memahami ayat-ayat ALLAH, mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat bukti keesaan ALLAH dan mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengar ajaran dan nasihat. Mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai.” (Surah al-A’raf, ayat 179)

Ya Allah, berkatilah segala amal kami 🤲🏻

Terima kasih Raqib yang menceriakan suasana dengan mengalunkan selawat dan zikir dalam sesi daurah kali ini. Begitu juga buat sahabat beliau, Aslan Mazlan yang turut hadir menyerikan dengan petikan gitar beliau. Best!

Kongsi :

Teruskan Perjalanan Menyelusuri Blog Kami

Temui lebih banyak cerita, inspirasi, dan ilmu yang menghubungkan seni dan budaya dalam setiap helaian perkongsian kami.

Festival Teater Zon Utara 2026

Perak, Kedah dan Perlis Bersaing Menghidupkan Semula Seni Teater Utara Wakil negeri Perak telah mencatat

Festival Teater Malaysia 2026

Ruang, Rasa dan Rakyat: Kebangkitan Semula Teater Malaysia Selepas hampir tujuh tahun senyap — kali

Daurah Seni 30: Kupasan Mendalam Isu ‘Imam-Imam Yang Dilarang’ Bersama PU Salman & Mawi

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2026 – Persatuan Bina Seni dan Budaya (PERSENI) telah berjaya menganjurkan

Scroll to Top