“Kalau Kami Rindu Ibu, Kami Akan Peluk Bantal & Nangis” – Amin & Alisa, AnakYatim

Mengenali lebih dekat misi, visi dan usaha kami dalam memperkasakan anak seni dan menyebarkan bakti melalui seni.

KAJANG, 03 Januari 2024 – Kami di Perseni telah menziarahi sebuah lagi keluarga B40 yang diberi nama Encik Syafruddin, seorang ayah tunggal yang menanggung lima orang anak beliau. Encik Syafruddin, seorang Storekeeper dengan gaji sekitar RM1.8k, terpaksa menyewa rumah dengan kos sebanyak RM1.3k sebulan. Baginya masuk ke rumah ini semuanya sudah lengkap dan memberi sedikit keselesaan buat anak-anak. Namun, keadaan semakin mencabar setelah isterinya meninggal dunia akibat jangkitan saluran kencing (UTI).

Satu-satunya anak perempuan dalam keluarga iaitu Alisa, menyatakan rasa dan rindunya terhadap ibunya yang telah meninggal dunia. Alisa menyatakan keinginannya untuk meminta maaf kepada ibunya atas segala kesalahan yang pernah dilakukan dan merindukan saat-saat kebersamaan bersama ibunya. Ia juga berkongsi kenangan tentang dirinya yang amat dekat dengan arwah ibunya dan menjadi orang yang membantu memandikan ibunya ketika sakit dahulu.

Amin, anak sulung memberikan pandangan yang sama terhadap kehilangan ibu mereka. Ia mengungkapkan bahawa saat merindukan ibunya, ia hanya dapat memeluk bantal dan menangis. Sebagai anak sulung, ia menerima pesan terakhir dari ibunya untuk menjaga adik-adiknya dengan baik dan tidak berbuat nakal. Salah satu pesan ibunya yang diingat dengan baik adalah larangan untuk keluar rumah tanpa izin.

Amat mendukacitakan apabila ibu mereka meninggal dunia setelah beberapa bulan melahirkan adik bongsu mereka yang diberi nama Ramadan. Ramadan, baharu sahaja berusia 10 bulan, kehadirannya memberikan harapan dan kebahagiaan kepada keluarga ini di tengah-tengah kesedihan yang mereka alami.

Kini, Encik Syafruddin berjuang mencari rezeki demi menjamin kehidupan kelima-lima anaknya. Ziarah kali ini memberi makna yang mendalam tentang kehidupan keluarga ini yang penuh cabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian kehidupan. Semoga mereka mendapat sokongan dan bantuan daripada masyarakat sekitar untuk menempuh hari-hari mendatang.

Kongsi :

Teruskan Perjalanan Menyelusuri Blog Kami

Temui lebih banyak cerita, inspirasi, dan ilmu yang menghubungkan seni dan budaya dalam setiap helaian perkongsian kami.

Statistik & Fakta Terkini Anak Yatim di Malaysia (2024)

Anak yatim di Malaysia merupakan salah satu golongan yang memerlukan perlindungan dan sokongan daripada kerajaan

MISI JALIN – Menyantuni Dua Orang Ibu Tunggal Yang Cekal Menyara Anak-Anak

Alhamdulillah, telah selesai dua ziarah anak-anak yatim Ke rumah Puan Rafidah dan Puan Aesyah di

MISI JALIN – Terpaksa Berhenti Belajar Demi Sara Keluarga

SEMENYIH, 13 September 2024 – Semalam, sebuah lagi keluarga anak yatim telah kami ziarahi dengan

Scroll to Top