Mawi dan Zalif Sidek Berikan Sumbangan dan Berkunjung Ke Rumah Anak Yatim di Taman Kantan Permai, Kajang

Mengenali lebih dekat misi, visi dan usaha kami dalam memperkasakan anak seni dan menyebarkan bakti melalui seni.

“..𝘮𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘶𝘴𝘢𝘩, 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘰𝘸𝘯 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 2 𝘣𝘶𝘭𝘢𝘯. 𝘚𝘢𝘮𝘢 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢. 𝘛𝘢𝘱𝘪, 𝘢𝘬𝘢𝘬 𝘤𝘶𝘣𝘢 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘤𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘦𝘬𝘶𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘮𝘪 𝘢𝘯𝘢𝘬-𝘢𝘯𝘢𝘬..”

Kajang, 28 Januari 2024 – Artis terkenal Mawi dan Zalif Sidek berkunjung ke rumah anak yatim di Taman Kantan Permai, Kajang. Turut hadir bersama beberapa orang tim daripada Perseni untuk menyampaikan sumbangan berupa bahan keperluan asas dan wang tunai kepada Puan Marina serta anak-anak yatim yang menjadi tanggungan beliau.

Puan Marina, seorang surirumah yang juga mahir membuat kuih, menghadapi cabaran besar setelah suaminya meninggal dunia pada tahun 2021 akibat sakit jantung. Suaminya, yang telah menghidap masalah kesihatan selama 5 tahun, mengalami minor strok dan gangguan masalah percakapan sebelum kematiannya.

Dengan lima orang anak sebagai tanggungan, termasuk seorang anak yang berkeperluan khas (OKU), Puan Marina kini mengurus keluarganya dengan pendapatan bulanan yang mencapai kira-kira RM1500 sahaja. Cabaran semakin bertambah setelah kehilangan suami, terutamanya dalam hal kewangan, tanpa harta atau wang yang ditinggalkan.

Keadaan ekonomi kian mencabar, terutama dengan seorang anak yang sedang belajar di Kolej Vokasional Juasseh dan kelima-lima anaknya masih tinggal bersama dengannya termasuklah anak pertama yang OKU (pekak dan bisu) walaupun telah berkahwin kerana perlu dipantau.

Mawi dan Zalif, yang turut hadir dalam ziarah tersebut, memberikan sokongan kepada kempen membantu Puan Marina dan keluarganya. “Orang yang lalu je akan betul-betul faham,” kata Mawi, merujuk kepada cabaran yang dihadapi Puan Marina dan keluarganya.

Perseni berharap agar sumbangan ini dapat meringankan beban Puan Marina dan anak-anaknya serta membantu mereka menghadapi cabaran hidup yang dihadapi. Semoga kehadiran Mawi dan Zalif Sidek dapat menjadi inspirasi bagi masyarakat untuk lebih peduli dan membantu sesama yang memerlukan bantuan.

Jom sama-sama kita jayakan lagi Kempen Jalinan Kasih Anak Yatim (JALIN)!

Kongsi :

Teruskan Perjalanan Menyelusuri Blog Kami

Temui lebih banyak cerita, inspirasi, dan ilmu yang menghubungkan seni dan budaya dalam setiap helaian perkongsian kami.

Ziarah Rumah Qaseh Ibu: Pengalaman Penuh Keceriaan dan Kasih Sayang

Hai semua! 🌟 Harini saya nak kongsikan pengalaman yang sangat manis dan penuh makna semasa

Statistik & Fakta Terkini Anak Yatim di Malaysia (2024)

Anak yatim di Malaysia merupakan salah satu golongan yang memerlukan perlindungan dan sokongan daripada kerajaan

Program Ziarah Anak Yatim Bulan Ramadan Bersama Man Raja Lawak: Sebuah Inisiatif Penuh Makna

Ramadan, bulan yang penuh keberkatan dan rahmat, merupakan waktu yang paling sesuai untuk kita memperbanyak

Scroll to Top