MISI JALIN – Ziarah PERSENI Ke Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina (PUJAYWA)

Mengenali lebih dekat misi, visi dan usaha kami dalam memperkasakan anak seni dan menyebarkan bakti melalui seni.

Alhamdulillah pada 13 Ogos 2024 telah berlangsung misi Jalinan Kasih Anak Yatim di Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina, Senawang. Seramai 10 orang anak yatim lelaki dan anak-anak yang kurang bernasib baik telah ditempatkan disini.

Anak-anak di sini ditarbiah, diberi kefahaman Islam yang menyeluruh, diajar beberapa kemahiran seperti bersilat, pelajaran dan sukan yang seimbang agar mereka yakin dan percaya bahawa setiap manusia diciptakan tidaklah sia-sia, semua ada tanggungjawabnya di sisi Allah SWT.

Allah Ta’ala berfirman :

أَيَحْسَبُ الْإِنسَانُ أَن يُتْرَكَ سُدًى

“Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan sia-sia begitu saja?“ (Al Qiyamah:36)

Tentunya sayu dan pilu mendengarkan kisah anak-anak disini. Hasil daripada sumbangan para penyumbang kami bawakan beberapa pek makanan dan sedikit saguhati untuk menceriakan hari mereka disamping memberi semangat agar mereka bangkit semula dan mencipta masa depan yang lebih baik.

Semoga sumbangan ini menjadi saham buat kita di akhirat kelak.

Jom terus menyumbang di Tabung Jalinan Kasih Anak Yatim, semoga misi JALIN akan tetap diteruskan dari masa ke semasa.

Seni akan terus hidup dan berkembang dengan sokonganmu.

Scroll to Top