Perseni Berhasrat Menggabungkan Industri Seni Dan Dunia Dakwah

Mengenali lebih dekat misi, visi dan usaha kami dalam memperkasakan anak seni dan menyebarkan bakti melalui seni.

Alhamdulillah pada Majlis Iftar Anak Yatim bersama MawiXOja dan rakan-rakan yang lepas saya sempat memperkenalkan dan berkongsi Visi dan Misi Persatuan Bina Seni dan Budaya (PERSENI) dalam ucapan saya.

PERSENI ialah sebuah Ngo dan platform yang berhasrat mengumpulkan seramai mungkin :-

1. Artis dan Selebriti Pelakon,

2. Karyawan dan Seniman,

3. Penasyid dan Pendakwah,

4. dan semua Pempengaruh masa kini,

yang mempunyai PENGARUH di dalam masyarakat dan tanah air, untuk bersama dalam satu usaha dan inisiatif dalam menyampaikan Dakwah dengan Seni.

Kita semua tahu bagaimana seorang yg mempunyai pengaruh seperti Alif Satar dapat memberikan impak positif yg besar di dalam mengajak orang ramai kepada kebaikan.

Betapa pentingnya kita sampaikan Dakwah ini dengan seni yang halus, sepertimana Allah swt berfirman dalam surah an-Nahl:

{ ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِیلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِیلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِینَ }

[Surah An-Naḥl: 125]

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan HIKMAT KEBIJAKSANAAN dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;”

PERSENI juga membuka tangan seluasnya untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak, masjid, komuniti, badan kerajaan dan lain-lain untuk menjayakan usaha bersama.

Semoga usaha kita ini akan memperkasakan lagi dakwah kita dalam mendekati masyarakat tanah air InshaAllah.

Kongsi :

Teruskan Perjalanan Menyelusuri Blog Kami

Temui lebih banyak cerita, inspirasi, dan ilmu yang menghubungkan seni dan budaya dalam setiap helaian perkongsian kami.

Festival Teater Zon Utara 2026

Perak, Kedah dan Perlis Bersaing Menghidupkan Semula Seni Teater Utara Wakil negeri Perak telah mencatat

Festival Teater Malaysia 2026

Ruang, Rasa dan Rakyat: Kebangkitan Semula Teater Malaysia Selepas hampir tujuh tahun senyap — kali

Daurah Seni 30: Kupasan Mendalam Isu ‘Imam-Imam Yang Dilarang’ Bersama PU Salman & Mawi

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2026 – Persatuan Bina Seni dan Budaya (PERSENI) telah berjaya menganjurkan

Scroll to Top