Dalam satu temubual semasa Daurah Perseni bulan lepas…

“Kadang rasa dah tahu, bila keluar satu benda yang dikongsi, eh aku tak pernah tahu ada bendani” – Oja
Kalini min nak kongsikan satu nama anak seni yang tak asing lagi didengari iaitu Daninas Huza bin Daud ataupun Oja. Seorang komposer, pemuzik dan penyanyi hebat di Malaysia.
Satu petikan ayat di atas adalah daripada beliau sendiri dimana itulah maklum balas positif yang kami terima apabila beliau sering kali menghadiri majlis ilmu anjuran Perseni bersama PU Salman ini. Seperti biasa inilah daurah yang akan dihadiri oleh para jemputan artis, selebriti dan pempengaruh yang akan berkumpul dan mendengar ilmu agama yang dikongsikan langsung oleh PU Salman.
Sekalung penghargaan terima kasih kami ucapkan kepada Oja. Satu nama yang tak asing lagi didengari dalam kalangan anak seni mahupun masyarakat.



Walaupun beliau cukup sibuk dengan jadual yang padat dalam jemputan show di majlis perkahwinan, majlis dakwah di masjid dan tugas-tugas lainnya, lihatlah betapa beliau amat mencintai majlis ilmu. Beliau tak menjadikan kesibukan yang ada sebagai alasan untuk tak hadir ke majlis ilmu malah cuba untuk melapangkan masa.
Allah SWT mengangkat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat berdasarkan firman-Nya:
يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
Maksudnya: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11]
Dengan penganjuran majlis ilmu yang baik ini, dan dihadiri oleh pelbagai latar belakang rakan seni yang hebat, moga Allah SWT memudahkan jalan semua orang ke syurga, Allah kumpulkan semuanya beramai-ramai di syurgaNya serta sentiasa mendapat sakinah dan rahmat daripadaNya. Aamiin.