Alhamdulillah semalam NGO Perseni bersama aktivis Perseni juga pengacara terkenal, saudara Fedtri Yahya berkesempatan menziarahi bekas wartawan penyiaran dan pengacara terkenal TV3, Mazidul Akmal Sidik dan isteri kepada wartawan sukan, Akbar Sahari, Noorsuzilawati Mohd Noor.


Sekitar jam 10 pagi, ketibaan kami di Kota Damansara, iaitu kediaman Mazidul Akmal Sidik, bekas wartawan dan pengacara TV3, disambut mesra. Sosok hebat ini diuji dengan angin ahmar sejak 10 tahun sakit lepas. Beliau dan isteri menceritakan pengalaman sepanjang berhadapan ujian besar dalam hidup mereka.


Selesai ziarah saudara Mazidul, kami bergerak terus ke Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada Pn Noorsuzilawati, isteri pengulas sukan Astro, Akbar Sahari yang diuji sakit kanser usus tahap 4. Beliau diagnosis dengan kanser tersebut semenjak tahun 2020.
Sepanjang ziarah tersebut, Ust Najid selaku pengurus Perseni sempat memperkenalkan NGO Perseni dan menyampaikan sedikit sumbangan dan salam dari pengerusi Perseni, Tn Haji Abdul Rahman Mat Dali.
Perseni mendoakan untuk Sdr. Mazidul dan Pn Noorsuzilawati diberi kesembuhan, dikurniakan keampunan dan diganjari syurga atas kesabaran menempuh ujian yang Allah SWT berikan. Amin.