MISI JALIN – Ziarah Bersama PUSPANITA KPKM Di Rumah Pn Idayu

Mengenali lebih dekat misi, visi dan usaha kami dalam memperkasakan anak seni dan menyebarkan bakti melalui seni.

KAJANG, 20 Julai 2024 – PERSENI bersama Puspanita telah menziarahi sebuah lagi keluarga anak yatim iaitu Pn Idayu dan anaknya di kediaman mereka baru-baru ini.

Misi kali ini turut dihadiri oleh wakil Biro Agama dan Kerohanian iaitu Puan Shuhaida dan Puan Aini. Perseni dan kerjasama PCKPKM hadir untuk menyampaikan sumbangan berupa bahan keperluan asas dan wang tunai kepada Puan Idayu serta anak-anak yatim yang menjadi tanggungan mereka.

Semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi dan membantu meringankan sedikit bebanan yang mereka lalui.

Seni akan terus hidup dan berkembang dengan sokonganmu.

Scroll to Top