Kajang, 04 Ogos 2024 – PERSENI bersama Pengacara terkenal, Fedtri Yahya dan Pengerusi PCKPKM, YBhg. Datin Wan Razanawani serta 2 lagi daripadanya berkunjung ke rumah anak yatim di Taman Kantan Permai, Kajang pagi semalam.


Puan Marina, seorang ibu tunggal hanya mengharapkan hasil jualan makanan di tepi jalan demi menyara 5 orang anaknya termasuklah anak OKU serta seorang cucu yang baharu berusia 5 bulan. Hasrat Afiq (dalam gambar) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma tidaklah kesampaian kerana terlibat kemalangan jalan raya pada hari pendaftaran.
Fedtri Yahya dan tim Puspanita yang turut hadir dalam ziarah tersebut, memberikan sokongan dan berharap agar sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban yang dihadapi. Jom sama-sama kita ambil peduli dan jayakan lagi Kempen Jalinan Kasih Anak Yatim (JALIN)!