Lebih 50 Orang Artis Gamatkan Daurah Ilmiah PU Salman Dan Perseni

Mengenali lebih dekat misi, visi dan usaha kami dalam memperkasakan anak seni dan menyebarkan bakti melalui seni.

BANGI, 22 Januari 2024 – Buat kesekian kalinya, Daurah Ilmiah PU Salman dengan kerjasama Perseni telah diadakan sekali lagi di Lantana Villa, Bangi Golf Resort dengan kupasan tajuk Fiqh Jual Beli.

Program ini telah menghimpunkan beberapa orang artis, selebriti dan pempengaruh. Antara penggiat seni tanah air yang hadir bersama ialah Shamsul Ghau Ghau, FBI, Oja, Ali Karimie, Yatt Hamzah, Imran Aqil dan isterinya, Dahlia. Majlis ilmu turut diserikan juga dengan kehadiran Dato Fadzilah Kamsah, Imam Muda Asyraf, Pencetus Ummah Rahmat, Ustaz Jalal Zaiki, Imam Muda Najdi, pemain-pemain bola sepak tanah air dan ramai lagi.

Program yang bermula selepas maghrib sehingga pukul 11 malam itu diselang-selikan dengan persembahan selawat daripada Raqib Majid dan team. Manakala Ebby Yus turut mendendangkan sebuah lagu yang dikarang sendiri oleh beliau dan berjaya menarik perhatian semua tetamu jemputan yang hadir.

Nasihat Imam as-Syafie tentang ilmu :
مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِاْلعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ باِلعِلْمِ
“Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu. Barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu. Barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, maka hendaklah dengan ilmu.” Mudah-mudahan kita dapat mencapai keberkatan ilmu dan juga keredhaan daripada Allah SWT.

Kongsi :

Teruskan Perjalanan Menyelusuri Blog Kami

Temui lebih banyak cerita, inspirasi, dan ilmu yang menghubungkan seni dan budaya dalam setiap helaian perkongsian kami.

Ziarah Rumah Qaseh Ibu: Pengalaman Penuh Keceriaan dan Kasih Sayang

Hai semua! 🌟 Harini saya nak kongsikan pengalaman yang sangat manis dan penuh makna semasa

Statistik & Fakta Terkini Anak Yatim di Malaysia (2024)

Anak yatim di Malaysia merupakan salah satu golongan yang memerlukan perlindungan dan sokongan daripada kerajaan

Program Ziarah Anak Yatim Bulan Ramadan Bersama Man Raja Lawak: Sebuah Inisiatif Penuh Makna

Ramadan, bulan yang penuh keberkatan dan rahmat, merupakan waktu yang paling sesuai untuk kita memperbanyak

Scroll to Top