Kenali Kami
Mengenali lebih dekat misi, visi dan usaha kami dalam memperkasakan anak seni dan menyebarkan bakti melalui seni.
Tentang Kami
Persatuan Anak Seni Dengan Seni, Kita Berbakti
Kita mengakui bahawa seni adalah salah satu medium yang amat berkesan dalam menyampaikan mesej dan nilai-nilai yang mendalam kepada masyarakat. Kita juga menyedari betapa pentingnya peranan yang dimainkan Seni dan Budaya dalam menyebarkan keindahan, pemahaman, serta nilai-nilai Islam melalui karya seni.
Penggabungan kedua-dua elemen ini membawa impak yang besar dalam membentuk aspirasi masyarakat terhadap Islam dan juga mempromosikan keindahan seni dan budaya yang bernilai
tinggi dalam kerangka syariat. Apabila seni dan budaya disatukan dengan nilai-nilai Islam yang murni, ia bukan sahaja menjadi alat hiburan semata-mata, tetapi turut berfungsi sebagai wadah dakwah, pendidikan, dan pemerkasaan identiti ummah.
Melalui lagu, teater, filem, seni visual, dan pelbagai cabang seni yang lain, mesej-mesej Islam dapat disampaikan dengan lebih menyentuh jiwa dan mudah diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. Seni mempunyai keupayaan untuk menembusi sempadan bahasa dan budaya, sekaligus membina jambatan persefahaman antara komuniti yang berbeza.
Justeru, kita harus terus menyokong dan memperkasa usaha para seniman dan budayawan Muslim yang berusaha menghasilkan karya-karya yang bukan sahaja indah dari segi estetika, tetapi juga sarat dengan nilai spiritual dan moral. Ini adalah satu langkah penting dalam memastikan seni dan budaya terus menjadi instrumen pembentukan masyarakat yang berakhlak, berilmu dan bertamadun tinggi, selari dengan roh Islam yang syumul.
VISI
Menjadi platform seni yang berjiwa dan inklusif dalam memperkasakan anak seni serta menyebarkan nilai kemanusiaan melalui seni.
MISI
PERSENI menyatukan anak seni untuk berbakti, menyokong kebajikan, dan menghubungkan seni dengan tanggungjawab sosial.
OBJEKTIF
PERSENI membantu artis musibah, hargai jasa veteran, sokong anak yatim, anjur program kebajikan, bina jaringan, dan iktiraf bakat seni.
Kesenian dan Kebudayaan Melayu Islam perlu diangkat kembali dan menjadi pengamalan dalam kehidupan masyarakat di negara ini.peluang kedua berbakti
Tn Hj Abdul Rahman Mat Dali
Pengerusi PERSENI
Jawatan Kuasa Pengurusan
Mengukuhkan perpaduan anak seni melalui kebajikan dan komitmen berterusan dalam bakti seni yang bermakna, tulus, dan berdaya saing.
Tn Hj Abdul Rahman Mat Dali
Pengerusi PERSENI
Firdaus Rahim
Pengurus Kempen & Program
Muhammad Fais
Eksekutif Dana & Pemasaran