Ibu Tunggal Dua Anak Hidup Bergantung Pencen Suami

Mengenali lebih dekat misi, visi dan usaha kami dalam memperkasakan anak seni dan menyebarkan bakti melalui seni.

BUKIT JELUTONG, 10 Mac 2024 – Perseni telah menziarahi sebuah lagi keluarga anak yatim, Pn Shalawati bersama 2 orang anaknya iaitu Puteri, 12 tahun dan Putera, 11 tahun.

Ziarah pada hari ini turut dihadiri oleh Ikon Aktivis iaitu Mawi di kediaman Pn Shalawati, Bukit Jelutong. Perseni hadir dengan membawa barang keperluan asas, wang tunai dan juga tajaan makanan daripada Kedai Kopi Tepian Bangi, Seksyen 4 kepada Pn Shalawati sekeluarga.

Pn Shalawati sempat berkongsi rasa apabila ditemu bual..

“Kepergian suami sangat membekas di hati. Sekarang ini kehidupan agak mencabar apabila tiada sebarang bantuan diterima. Kami hanya bergantung dengan duit pencen arwah untuk membiayai kehidupan seharian, sewa rumah, bil air elektrik, minyak kereta dan persekolahan anak-anak” – Ibu, Pn Shalawati

Pertemuan bermakna itu juga turut menambah rasa hiba lagi dengan kata-kata yang dikongsikan oleh anak-anak Pn Sha antaranya..

“Walaupun ayah orang Sabah, tapi kalau raya saya selalu ingat ayah sebab ayah akan bawa balik kampung di Kedah” – Kakak, Puteri

“Cita-cita saya nak jadi Chef sebab saya ada kenangan waktu pertandingan masak ketika tadika dulu, saya dapat pakai baju chef yang arwah ayah bagi..saya suka” – Adik, Putera

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sebenarnya ramai lagi saudara kita diluar sana yang memerlukan bantuan. Kadang tak perlu dalam bentuk fizikal tetapi sokongan emosi dan rohani dah mencukupi. Alhamdulillah pertemuan ini diakhiri dengan jamuan makan tengah hari bersama-sama. Seronok anak-anak Pn Sha dapat makan dan berborak bersama Mawi, alhamdulillah.

Mari bersama kita doakan semoga Pn Shalawati terus diberikan kekuatan dan dimurahkan rezeki demi menjaga 2 orang anak-anaknya.

Kongsi :

Teruskan Perjalanan Menyelusuri Blog Kami

Temui lebih banyak cerita, inspirasi, dan ilmu yang menghubungkan seni dan budaya dalam setiap helaian perkongsian kami.

Festival Teater Zon Utara 2026

Perak, Kedah dan Perlis Bersaing Menghidupkan Semula Seni Teater Utara Wakil negeri Perak telah mencatat

Festival Teater Malaysia 2026

Ruang, Rasa dan Rakyat: Kebangkitan Semula Teater Malaysia Selepas hampir tujuh tahun senyap — kali

Daurah Seni 30: Kupasan Mendalam Isu ‘Imam-Imam Yang Dilarang’ Bersama PU Salman & Mawi

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2026 – Persatuan Bina Seni dan Budaya (PERSENI) telah berjaya menganjurkan

Scroll to Top