Malaikat akan bersama para pembaca al-Quran.
Jangan biarkan waktu kosong berlalu tanpa membuat sebarang perkara bermanfaat. Tidak kira walau di mana pun kita berada. Sebagai contoh, ketika sedang menunggu lampu isyarat, apa salahnya kita gunakan peluang beberapa minit itu untuk membaca surah mudah yang mungkin kita sudah hafalkan.
Sesiapa yang mengerjakan satu kebaikan yang diniatkan semata-mata kerana Allah SWT, paling sedikit dia akan mendapat 10 pahala. Jadi, tak rugi kan? Oleh sebab itu, Perseni hadir mengambil peluang untuk menaja kelas mengaji anak-anak yatim yang memerlukan termasuklah memberi mereka naskhah al-Quran.



Alhamdulillah, Perseni bersama-sama Fedtri Yahya telah menziarahi Kak Azua (waris) dan adik Adira (bertudung hitam) di kediaman mereka semalam. Fedtri turut berkesempatan melihat sendiri adik Adira mengikuti kelas mengaji dan dalam kesempatan itu juga Fedtri menyerahkan barang keperluan asas, wang tunai dan 3 naskhah al-Quran kepada waris.
Bak kata adik Adira semalam, dia luah rasa seronok.. “seronok kerana dapat mengaji”.
Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Aku dan orang yang menjaga anak yatim seperti ini dalam Syurga. Baginda SAW mengisyaratkan dengan merapatkan dua jari baginda iaitu jari telunjuk dan jari tengah” – HR Tirmidzi


Semoga dengan tajaan kelas mengaji ini sesiapun orang yang terlibat Allah berikan pahala berpanjangan dan tentunya mengharapkan dapat duduk dekat dengan Rasulullah SAW di akhirat nanti.