Bantuan Tajaan Yuran Sekolah Agama Anak Yatim, Aisyah & Amirah

KAJANG, 03 Jun 2024 – Pagi tadi, Perseni berpeluang sekali lagi untuk menziarahi Puan Zuhaidah bersama dengan kedua orang anaknya, Aisyah, 11 tahun dan Amirah, 9 tahun di kediaman mereka.

Kami mendapatkan khabar bahawa sejak April yang lepas kedua anak Puan Zuhaidah ini terpaksa untuk tidak menyambung kelas agama mereka kerana kesempitan duit. Banyak tunggakan yang mereka perlu tanggung terlebih dahulu sekiranya ingin meneruskan kelas agama lagi.

Terasa sebak di dada apabila melihat wajah Puan Zuhaidah yang sememangnya menginginkan yang terbaik untuk anak-anak tapi apakan daya tidak termampu😢 Begitu juga apabila melihat wajah kedua anak-anak ini, mereka cukup semangat ingin belajar dan terpaksa menggunakan inisiatif dengan hanya mendengar perkongsian kelas-kelas percuma di media sosial.

Perseni pernah menziarahi keluarga ini sebelum ini dan mendengarkan sendiri kisah hidup anak-anak termasuklah arwah ayah mereka yang cukup baik orangnya. Perseni rasa terpanggil untuk membantu menaja yuran tunggakan dan juga kelas agama mereka.

Rezeki anak-anak ini, keluarga anak yatim.

Allah SWT berfirman yang bermaksud,

“Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.” (Surah Al-Baqarah ayat 220).

Berkat usaha, anak-anak ini sangat bijak dalam pelajaran. Anak-anak ini adalah harapan keluarga untuk terus bangkit meneruskan kehidupan. Dengan itu, semoga dengan tajaan yuran sekolah agama ini, moga-moga dapat memudahkan urusan Puan Zuhaidah sekeluarga dan marilah sama-sama kita bantu mereka yang senasib sebegini diluar sana.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *