Anak-Anak Yatim Gembira Dapat Makan Bersama Fedtri Yahya

Mengenali lebih dekat misi, visi dan usaha kami dalam memperkasakan anak seni dan menyebarkan bakti melalui seni.

KUALA LUMPUR, 06 Mac 2024 – Buat kesekian kalinya, Perseni hadir sekali lagi menziarahi Kak Azua dan anak-anaknya di kediamannya. Menariknya pada kali ini, Perseni hadir bersama-sama dengan Fedtri Yahya untuk menyantuni keluarga anak yatim ini. Dengan membawakan barangan asas, duit raya dan juadah bersama menggamatkan lagi pertemuan semalam.

Islam adalah agama yang prihatin dan menyayangi anak-anak yatim. Ini terpancar melalui contoh teladan yang baik oleh Baginda Rasulullah SAW apabila Baginda menyantuni anak-anak yatim dengan penuh kasih sayang.

Al-Quran dengan jelas menyebutkan berkenaan hal ehwal anak yatim. Allah SWT berfirman yang bermaksud,

“Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.” (Surah Al-Baqarah ayat 220).

Allah SWT turut melarang berlaku kasar terhadap anak yatim. Ini dijelaskan dalam surah ad-Dhuha ayat 9, di mana Allah SWT berfirman yang bermaksud.

“Oleh itu, adapun anak yatim, maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,”.

Anggaplah anak-anak seperti ini adalah anak-anak kita jua. Sebenarnya mereka berasa sepi, takut dan lapar dalam diam. Kalau tiada sesiapa yang nak membantu mereka, siapa lagi? Siapa lagi yang akan mengisi kelompongan yang ada ini kalau bukan kita?

Alhamdulillah, terpancar seronok di wajah mereka kerana dapat berborak dan makan bersama-sama dengan artis, Fedtri Yahya. Terima kasih kepada iZgara Cuisine atas tajaan makanan yang diberikan. Dengan itu, marilah bersama-sama dengan Perseni dan anak seni untuk meringankan sedikit bebanan yang ada di bahu mereka.

Kongsi :

Teruskan Perjalanan Menyelusuri Blog Kami

Temui lebih banyak cerita, inspirasi, dan ilmu yang menghubungkan seni dan budaya dalam setiap helaian perkongsian kami.

Festival Teater Zon Utara 2026

Perak, Kedah dan Perlis Bersaing Menghidupkan Semula Seni Teater Utara Wakil negeri Perak telah mencatat

Festival Teater Malaysia 2026

Ruang, Rasa dan Rakyat: Kebangkitan Semula Teater Malaysia Selepas hampir tujuh tahun senyap — kali

Daurah Seni 30: Kupasan Mendalam Isu ‘Imam-Imam Yang Dilarang’ Bersama PU Salman & Mawi

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2026 – Persatuan Bina Seni dan Budaya (PERSENI) telah berjaya menganjurkan

Scroll to Top