Puan Zuhaidah (Ibu), luah rasa rindu. Bersempena ulang tahun perkahwinan hari ini katanya, beliau nak bawa anak-anak ke pusara ayah mereka.
Min sendiri sempat berborak dengan ibu kepada anak-anak yatim ini bahawa beliau berkata..
“..akak memang galakkan anak-anak untuk datang kesini. Setiap kali nak exam ke apa, mereka akan datang dulu borak-borak ke pusara ayah mereka. Saya taknak mereka rasa sunyi”


Seusai ziarah pusara, Puan Zuhaidah sempat berkongsi satu pesanan arwah yang beliau selalu pegang..
“selain ingat Allah, jaga anak. Pesan pada anak-anak, abang sakit ini pun sebab Allah yang izinkan. Serahkan semuanya pada Allah. Allah nak bagi abang berehat”
Inilah kisah Puan Zuhaidah dan anak-anak. Kini, mereka saling menguatkan satu sama yang lain sejak pemergian ayah mereka akibat kanser organ 2020 yang lepas. Ia satu pemergian yang masih membekas pada diri Puan Zuhaidah yang baginya banyak bergantung dengan arwah suami sehingga perlu mendapatkan bantuan pakar akibat menghidap ‘anxiety’ selepas suaminya meninggal dunia.

Anak-anak tak terkecuali merasai kehilangan ayah mereka kerana bagi mereka, arwah ayah adalah satu tubuh yang sangat dikagumi dengan kesungguhan dan kepintaran dalam pelajaran. Oleh sebab itu, setiap daripada anak-anak Puan Zuhaidah inginkan yang terbaik dalam pelajaran mereka. Buktikan kepada arwah ayah yang mereka juga boleh!