Sertai Majlis Ilmu, Yatt Hamzah Nampak Manis & Aktif Bersoal Jawab!

Mengenali lebih dekat misi, visi dan usaha kami dalam memperkasakan anak seni dan menyebarkan bakti melalui seni.

Pelakon dan juga personaliti TV, Yatt Hamzah mengakui jadual agak padat dengan program-program dakwah sendiri yang dikelola olehnya iaitu Usrah Suci dan perlu menguruskan rumah tangga dalam masa yang sama.

Namun, apa yang kita boleh lihat bersama disini, sekali lagi beliau bersama dengan suami dan anak-anak tidak terkecuali dalam menyertai daurah ilmiah yang dianjurkan oleh PU Salman bersama Perseni ini.

Beliau sempat berborak dan berkongsi rasa..

“Alhamdulillah kali ini tiada pertembungan dengan majlis ilmu sendiri jadi insyaAllah akak, suami dan anak-anak akan hadir lagi disini. Seronok sangat sebab dapat berhubung dengan ramai rakan artis dalam majlis ilmu sebegini”

Terima kasih Yatt Hamzah atau lebih mesranya digelar Kak Yatt atau bonda kerana sudi hadir memeriahkan lagi majlis ilmu dengan soal jawab yang aktif diajukan kepada penceramah mahupun antara rakan artis. Anak-anak comel beliau turut menyerikan lagi suasana dengan pelbagai ragam semasa majlis diadakan. Alhamdulillah.

InsyaAllah bertemu lagi pada masa akan datang Kak Yatt dan keluarga.

Kongsi :

Teruskan Perjalanan Menyelusuri Blog Kami

Temui lebih banyak cerita, inspirasi, dan ilmu yang menghubungkan seni dan budaya dalam setiap helaian perkongsian kami.

Ziarah Rumah Qaseh Ibu: Pengalaman Penuh Keceriaan dan Kasih Sayang

Hai semua! 🌟 Harini saya nak kongsikan pengalaman yang sangat manis dan penuh makna semasa

Statistik & Fakta Terkini Anak Yatim di Malaysia (2024)

Anak yatim di Malaysia merupakan salah satu golongan yang memerlukan perlindungan dan sokongan daripada kerajaan

Program Ziarah Anak Yatim Bulan Ramadan Bersama Man Raja Lawak: Sebuah Inisiatif Penuh Makna

Ramadan, bulan yang penuh keberkatan dan rahmat, merupakan waktu yang paling sesuai untuk kita memperbanyak

Scroll to Top