Bantu Anak Seni Yang Cacat Kekal Kemalangan Menghidap Kanser

Apa nasib penggiat seni yang tidak dihargai?

Penggiat seni di Malaysia kebanyakannya hilang setelah berlakunya ujian berat seperti:

Kemalangan Teruk
Penyakit Kronik
Kebajikan Terabai & Tidak Dihargai

Realitinya pengiat seni tidak semuanya kaya raya seperti yang kita gambarkan

Malang tidak berbau & kemalangan berlaku secara tiba-tiba. Kebanyakan dari mereka ada masalah:

Tiada SOCSO
Tiada EPF
Tiada Pencen
Untuk bil rawatan sahaja, mereka terpaksa habiskan duit simpanan
Jika berlaku kemalangan sehingga mengakibatkan cacat kekal, alat bantu hidup bukannya murah
Ada yang menghidap penyakit kanser secara tiba-tiba & ramai juga yang meninggal akibat Covid-19, bagaimana keadaan keluarga mereka?

Dahulunya mereka aktif dalam berkarya menghiburkan masyarakat, tapi setelah ujian melanda mereka terus dilupakan

Seperti habis madu, sepah dibuang

Atas sebab itu Persatuan Bina Seni Budaya Selangor (PERSENI)

Mengambil inisiatif melancarkan Tabung Tautan Ukhuwah Anak Seni, fokus kepada penggiat seni

Penggiat seni termasuk kru-kru penerbitan, pemusik, pelawak, pengarah yang terlibat di hadapan & belakang tabir

Seperti mana kita perlukan hiburan dan seni dalam hidup kita, begitu juga penggiat seni perlukan sokongan kita
Dengan adanya sistem sokongan begini, mereka akan terus kekal berkarya untuk menghasilkan hiburan yang bermanfaat

Tautan Ukhuwah Anak Seni

Hanya jauhari mengenal manikam, hanya penggiat seni sendiri yang tahu jatuh bangun sebagai seorang ahli seni.

Dengan adanya kempen TUNAS ini, nasib penggiat seni tidak akan diabaikan begitu sahaja

Bentuk bantuan Perseni kepada anak seni:
Bantuan Kecemasan
Perubatan
Bimbingan Anak Seni

Bantuan akan diberi kepada mereka yang betul- betul memerlukan

Sesi ziarah anak seni

Ziarah Mak Jah

Ziarah artis Mak Jah bersama Mawi & Man Raja Lawak memberi semangat serta mengeratkan silaturahim antara anak-anak seni yang sudah banyak menyumbang dalam industri seni hiburan

"Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan,
maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat."

(HR Muslim)

Firman Allah SWT bermaksud:

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)."

(Surah az-Zalzalah, ayat 7-8)
Dalam usaha melakukan kebaikan, usah sesekali memandang remeh terhadap amalan yang dilihat kecil oleh mata kasar
Sesungguhnya Allah SWT menilai amalan yang dilakukan oleh seseorang hamba dengan pandangan rahmat-Nya

Sekiranya hendak bersedekah, jangan bertangguh

Ketika malaikat maut sudah bersedia untuk mencabut nyawa, pada masa itu mereka merayu supaya kematiannya ditangguhkan kerana ingin bersedekah

Mereka merayu dengan berkata, ". ...Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh"

(Surah Al-Munafiqun 63:10)

Mari Menyumbang Untuk Memartabatkan Seni

Mereka hanya perlukan sedikit bantuan untuk bangun kembali setelah jatuh. Supaya mereka boleh kembali aktif berkarya seperti biasa

Bantu mereka selayaknya, kita tidak tahu keadaan masa silam mereka. Dengan sedikit jentikan mereka mampu kembali bersinar. Lihat video ini:

Berlumba-lumbalah untuk melakukan perkara yang baik

Nabi Muhammad SAW menganjurkan agar bersegera melakukan amalan kebajikan melalui sabda baginda yang bermaksud:

"Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.

➊ Masa sihat sebelum sakit.
➋ Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
➌ Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
➍ Masa mudamu sebelum datang masa tua dan
➎ Masa hidup sebelum tiba masa mati."

(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Kita sebagai masyarakat yang prihatin wajib untuk bantu mereka sebaiknya

Jom bersama kita beri semangat untuk mereka terus mengembangkan bakat mereka. Semoga amalan-amalan kita diterima Allah swt

Untuk menyumbang melalui no. akaun boleh salurkan ke no. akaun berikut

RUJUKAN : AnakSeni
 

Sekiranya anda ingin menyumbang kurang daripada RM30, boleh sumbang melalui bank in/transfer ke akaun di atas secara manual
atau klik sini

Sebarang pertanyaan boleh
whatsapp kami

Hakcipta terpelihara | perseni.org