Terlampau banyak sangat sumbangan berupa makanan yang akhirnya rosak dan dibuang begitu sahaja.
Ramai orang menyumbang untuk buka puasa, tetapi tidak ramai yang peduli tentang pendidikan & kebajikan mereka 11 bulan kemudian
Ramai anak yatim di Selangor ini yang tidak tinggal di rumah jagaan. Mereka ini tinggal bersama keluarga asnaf yang sangat memerlukan bantuan. Antara bantuan yang kami serahkan kepada mereka adalah:
1. TAJAAN MAKANAN
Bantuan makanan berupa pek berbuka puasa. Kami juga menyampaikan barang-barang asas rumah.
2. PENDIDIKAN
Antara perkara penting bagi anak-anak ini adalah akaun simpanan SSPN-i sebagai simpanan masa hadapan. Selain itu kami juga menaja kelas Al-Quran & kelas tuisyen.
2. EMOSI
Bagi mengimbangi emosi anak-anak, kami bawa mereka ke kem motivasi sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan.
Program Jalinan Ramadan tahun lepas bersama Mawi
Sertai kami pada kali ini dalam misi Jalinan Ramadan hanya pada Ramadan ini sahaja untuk dapatkan keberkatan pahala yang berlipat kali ganda
Untuk menyumbang melalui no. akaun boleh salurkan ke no. akaun berikut
Sekiranya anda ingin menyumbang kurang daripada RM20, boleh sumbang melalui bank in/transfer ke akaun di atas secara manual
atau klik sini
Sebarang pertanyaan boleh
whatsapp kami
Hakcipta terpelihara | perseni.org