Bersama Bantu Kebajikan Pendidikan Emosi Anak Yatim

Apa yang berlaku setiap kali Ramadan?

Ini adalah perkongsian dari pengurus rumah zakat sendiri

Video ini menceritakan tentang keseluruhan kempen Jalinan Ramadan.  Tekan butang di bawah untuk terus ke borang sumbangan.

Teruskan membaca 👇🏻

BERAS BERTIMBUN TIMBUN

*gambar sekadar hiasan

Terlampau banyak sangat sumbangan berupa makanan di rumah anak yatim seperti beras yang akhirnya rosak dan dibuang begitu sahaja, atau dijual semula untuk mendapatkan duit bagi membayar keperluan anak-anak yatim

MAKANAN DIBAZIRKAN DENGAN SANGAT BANYAK

Sumbangan banyak dalam bentuk makanan, tapi tidak ada duit yang mencukupi untuk keperluan lain

*gambar sekadar hiasan

Keperluan lain seperti pakaian, ubat-ubatan & peralatan sekolah ternyata tidak mencukupi

INILAH REALITINYA YANG RAMAI ORANG KITA TAK TAHU

*gambar sekadar hiasan

Ramai orang menyumbang untuk buka puasa, tetapi tidak ramai yang peduli tentang pendidikan & kebajikan mereka 11 bulan kemudian

TERPAKSALAH JUAL SEBAHAGIAN BERAS TADI UNTUK MENDAPATKAN WANG BAGI MEMBELI PAKAIAN DAN KELENGKAPAN LAIN

Apabila keadaan kewangan terhad, sebahagian dari anak-anak yatim ini tidak mendapat keperluan asas seperti perubatan, seluar dalam (ya, seluar dalam pun kadang2 mereka tidak mempunyai wang!), pakaian. Apatah lagi keperluan pendidikan

*gambar sekadar hiasan

Antara kesan kepada masalah ini adalah sebahagian besar mereka ada masalah dalam pelajaran dan menjerumus kepada masalah emosi anak-anak yatim ini.

Terabai dalam pendidikan
Emosi terganggu

*gambar sekadar hiasan

Alhamdulillah atas usaha kita bersama, PERSENI bersama rakan artis dan pempengaruh turun padang bagi menyantuni anak-anak yatim keluarga asnaf mereka ini yang tinggal bersama keluarga terdekat setelah kehilangan ibu/bapa atau kedua-duanya sekali.

TABUNG JALINAN KASIH ANAK YATIM

Memberi sinar harapan buat mereka teruskan kehidupan dengan bimbingan agama serta pendidikan yang sempurna

Hasrat kami, tabung ini akan bantu sehingga anak yatim dewasa & pandai berdikari

Lebih 20 lokasi anak yatim yang tinggal di sekitar Selangor

Bantu Kurangkan Beban Mereka

Ramai anak yatim di Selangor ini yang tidak tinggal di rumah jagaan. Mereka ini tinggal bersama keluarga asnaf yang sangat memerlukan bantuan. Antara bantuan yang kami serahkan kepada mereka adalah:

1. TAJAAN MAKANAN

Bantuan makanan berupa pek berbuka puasa. Kami juga menyampaikan barang-barang asas rumah.

2. PENDIDIKAN

Antara perkara penting bagi anak-anak ini adalah akaun simpanan SSPN-i sebagai simpanan masa hadapan. Selain itu kami juga menaja kelas Al-Quran & kelas tuisyen.

2. EMOSI

Bagi mengimbangi emosi anak-anak, kami bawa mereka ke kem motivasi sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan.

Buka Puasa Bersama Anak Yatim OKU di Kg. Jenderam Hilir, Dengkil

Program Jalinan Ramadan tahun lepas bersama Mawi

Ucapan Terima Kasih Dari Penerima Sumbangan

Lebih 1000 anak yatim yang kami sasarkan untuk bantu

Bagi FASA PERTAMA RAMADAN 2024 kali ini kami ingin mengajak anda untuk bersama kami menyediakan juadah berbuka puasa kepada beberapa anak yatim keluarga asnaf di sekitar Lembah Klang. (Mereka ini yang tinggal bersama waris makcik, pakcik, nenek atau saudara mereka yang terdekat)

Hasil sumbangan tuan puan kami akan salurkan kepada anak yatim ini sepanjang tahun.

REBUT PAHALA BERGANDA RAMADAN INI

“Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiyam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya melainkan hanya berjaga malam”

(Riwayat Ibn Majah)

“Mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah; “Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik”
(QS. Al-Baqarah [2]: 220).

RAMAI YANG MASIH MEMERLUKAN SOKONGAN & KEPRIHATINAN ANDA DI LUAR SANA

Sertai kami pada kali ini dalam misi Jalinan Ramadan hanya pada Ramadan ini sahaja untuk dapatkan keberkatan pahala yang berlipat kali ganda

Info tajaan anak yatim

Untuk menyumbang melalui no. akaun boleh salurkan ke no. akaun berikut

RUJUKAN : AnakYatim
 

Sekiranya anda ingin menyumbang kurang daripada RM20, boleh sumbang melalui bank in/transfer ke akaun di atas secara manual
atau klik sini

Sebarang pertanyaan boleh
whatsapp kami

Hakcipta terpelihara | perseni.org