Atas ihsan & belas kasihan waris, mereka ini dijaga seadanya.
Waris mereka ini bukanlah di kalangan orang yang berada, bahkan mereka sendiri sudah pun mempunyai tangungan yang lain, ada juga yang sudah berusia dan tidak mampu untuk menjaga dengan baik.
Mereka juga ada anak kandung yang perlu dijaga dan diberi kasih sayang
Memberi sinar harapan buat mereka teruskan kehidupan dengan bimbingan agama serta pendidikan yang sempurna
Gambar-gambar ini adalah aktiviti kami menziarahi anak yatim di rumah mereka. Rumah yang kami pilih berdasarkan kategori anak yatim yang tinggal bersama waris & keluarganya adalah keluarga yang susah.
Ada waris mereka yang sudah berusia (atuk/nenek) ada juga yang mempunyai pelbagai kekangan seperti sakit tenat, OKU dan sebagainya. Mereka ini sangat memerlukan bantuan orang ramai. Lokasi ziarah kami adalah di sekitar Lembah Klang. Semasa sesi ziarah kami juga bantu menyampaikan sumbangan anda kepada mereka.
Pada Ramadan yang lepas kami sampaikan tajaan berbuka tuan puan kepada keluarga adik Wan Ahmad Syamirul
Untuk menyumbang melalui no. akaun boleh salurkan ke no. akaun berikut
Sekiranya anda ingin menyumbang kurang daripada RM30, boleh sumbang melalui bank in/transfer ke akaun di atas secara manual
atau klik sini
Sebarang pertanyaan boleh
whatsapp kami
Hakcipta terpelihara | perseni.org